Ahmad Ammar Ahmad Azam yang berusia 20 tahun merupakan
pelajar cemerlang tahun dua bidang sejarah di Marmara University (Goztepe)
Istanbul. Ahmad Ammar telah kembali ke rahmatullah pada petang Sabtu 2 November
2013 akibat kemalangan jalan raya. Beliau merupakan anak keempat dan
satu-satunya anak lelaki Tuan Haji Ahmad Azam Abd Rahman, mantan Presiden
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Beliau juga merupakan pelajar cemerlang
SPM 2010 di Maktab Tentera Diraja dan memilih menyambung pengajian dalam bidang
Sejarah di Turki.
Allahyarham juga menjadi rakyat Malaysia pertama diberi penghormatan dikebumikan di Tanah Perkuburan Eyub Sultan yang menghadap Laut Golden Horn. Di sebelahnya pula tertegak Masjid Eyup Sultan. Tanah perkuburan ini terkenal di Turki kerana disitulah bersemadinya Abu Ayyub Al-Ansari bersama-sama lebih dari 60 lagi jasad-jasad sahabat Rasulullah SAW , alim ulamak,
panglima Uthmaniyyah dan orang-orang kenamaan.
Moga rohnya dicucuri rahmat dan takziah untuk keluarga
beliau. Tahniah juga kerana melahirkan insan yang begitu dibanggakan oleh
seluruh umat Islam...terutama kita semua rakyat Malaysia.
***** Seharusnya Ahmad Ammar inilah yang dijadikan ikon dan idola remaja! terutama pelajar-pelajar SEMENKA. Jadikan ibubapa dan guru-guru berbangga memiliki insan sebegini.
***** Seharusnya Ahmad Ammar inilah yang dijadikan ikon dan idola remaja! terutama pelajar-pelajar SEMENKA. Jadikan ibubapa dan guru-guru berbangga memiliki insan sebegini.
No comments:
Post a Comment