.

.
Sila gunakan Google Chrome untuk paparan yang lebih jelas. Berlaku sedikit gangguan jika menggunakan Internet Explorer atau Mozilla Firefox

Saturday, 9 February 2013

FALSAFAH MOTTO, VISI & MISI SEKOLAH



FALSAFAH
Pelajar yang berada di sekolah ini berpotensi untuk mencapai perkembangan yang seimbang dari segi intelek, emosi, rohani dan jasmani. Sekolah Menengah Kebangsaan Kadok mempunyai pendidik yang berkebolehan ikhtisas dan berkeupayaan untuk memberi pendidikan yang berkualiti kepada pelajar sekolah ini.


MOTTO
SEMENKA GEMILANG


VISI
MEMPERKASAKAN SMK KADOK MENJADI INSTITUSI ILMU YANG BERKESAN DAN TERUNGGUL


MISI
UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU SEPENUHNYA MELALUI PENDIDIKAN BESEPADU DAN BERKUALITI SELARAS DENGAN ASPIRASI NEGARA

Friday, 1 February 2013

SEJARAH SEKOLAH



Sekolah Menengah Kebangsaan Kadok ditubuhkan pada 1 januari 1965. Namanya diberi mengikut nama tempat serta diambil sempena gelaran pahlawan dan pembesar Melayu terkenal semasa dibawah pemerintahan Sultan Muhammad  l  iaitu  Dato’ kaya Hulubalang Kadok atau nama sebenarnya Haji Abdullah.

Pada peringkat permulaan , sekolah ini menumpang di Sekolah Kebangsaan Kadok di mana sesi persekolahannya adalah pada sebelah petang, dengan nama Sekolah Menengah Rendah Kadok sehingga ke pertengahan tahun 1976. Pada September 1976 sekolah ini berpindah ke  bangunannya sendiri yang terletak di KM 16 Jalan Kuala Krai, kota Bharu. Pada peringkat awal penubuhan sehingga tahun 1977, pelajar sekolah ini terdiri daripada pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 3 sahaja.

Mulai tahun 1978, tingkatan 4 aliran sastera mula dibuka dan sekolah ini dinaik taraf menjadi  Sekolah menengah Kadok (Gred  C). Persekolahan dari tahun 1977 hingga September 1982 dilaksanakan dalam dua sesi sehinggalah pada awal Oktober 1982, sesi persekolahannya  hanya sesi pagi sahaja setelah bangunan tambahan siap pembinaannya.

Pada tahun 1982, sekolah ini dinaik taraf menjadi sekolah Gred B. Pada tahun 1984, tingkatan 4 aliran Sains Tulen pula dibuka. SMK Kadok menjadi sekolah Gred A pada tahun 2002 dan menerima pelajar-pelajar saluran dari SK Kadok, SK Beta Hulu dan SK Kubang Kiat.


                          
                                                      View Larger Map

Friday, 18 January 2013

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KADOK - Profil Sekolah

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KADOK
(SEMENKA)
KM 16 JALAN KUALA KRAI
16450 KOTA BHARU
KELANTAN
Tel : 09-7123071
Fax : 09-7123072
PTJ : 526501
KOD SEKOLAH : DEA 1124
GRED SEKOLAH : A
KATEGORI SEKOLAH : SEKOLAH MENENGAH LUAR BANDAR







TAFSIRAN LOGO – WARNA LAMBANG-LAMBANG


BUMBUNG 
Merupakan bangunan-bangunan sekolah di mana menjadi tempat para pelajar menuntut ilmu dan belajar.

MATA PENA 
Sebagai satu lambang asas kepada ilmu pengetahuan. Ia merupakan satu media terulung yang digunakan oleh manusia dalam proses mencari ilmu.

BUKU 
Merupakan satu sumber di mana terkumpulnya ilmu-ilmu pengetahuan yang berguna, yang bakal di timba oleh para pelajar.

BENTUK U 
Merupakan singkatan kepada perkataan Universiti sebagai pusat pengajian tertinggi yang menjadi halatuju dan destinasi bagi para pelajar.

WARNA KUNING 
Menggambarkan latar belakang pekerjaan masyarakat sekeliling yang kebanyakannya adalah pesawah padi dan ianya juga  lambang warna Diraja.

WARNA MERAH 
Melambangkan kekuatan, keberanian dan keteguhan masyarakat sekolah dalam menempuh cabaran yang mendatang.

WARNA HIJAU 
Melambangkan keislaman, keimanan dan ketaqwaan masyarakat sekolah sebagai budaya hidup dan ianya menjadi amalan mereka setiap hari.

MOTTO – PENGETAHUAN SULUH KEMAKMURAN 
Motto ini dipilih kerana ilmu pengetahuan adalah suatu yang penting di dalam kehidupan manusia. Dengan ilmu pengetahuan sahaja dapat menjamin keutuhan dan kesejahteraan Negara.