.

.
Sila gunakan Google Chrome untuk paparan yang lebih jelas. Berlaku sedikit gangguan jika menggunakan Internet Explorer atau Mozilla Firefox

Monday 18 November 2013

Ahmad Ammar Dalam Kenangan (1993 - 2013)

Ahmad Ammar Ahmad Azam yang berusia 20 tahun merupakan pelajar cemerlang tahun dua bidang sejarah di Marmara University (Goztepe) Istanbul. Ahmad Ammar telah kembali ke rahmatullah pada petang Sabtu 2 November 2013 akibat kemalangan jalan raya. Beliau merupakan anak keempat dan satu-satunya anak lelaki Tuan Haji Ahmad Azam Abd Rahman, mantan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Beliau juga merupakan pelajar cemerlang SPM 2010 di Maktab Tentera Diraja dan memilih menyambung pengajian dalam bidang Sejarah di Turki.



Allahyarham juga menjadi rakyat Malaysia pertama diberi penghormatan dikebumikan di Tanah Perkuburan Eyub Sultan yang menghadap Laut Golden Horn. Di sebelahnya pula tertegak Masjid Eyup Sultan.  Tanah perkuburan ini terkenal di Turki kerana disitulah bersemadinya Abu Ayyub Al-Ansari bersama-sama lebih dari 60 lagi jasad-jasad sahabat Rasulullah SAW , alim ulamak, panglima Uthmaniyyah dan orang-orang kenamaan.

Moga rohnya dicucuri rahmat dan takziah untuk keluarga beliau. Tahniah juga kerana melahirkan insan yang begitu dibanggakan oleh seluruh umat Islam...terutama kita semua rakyat Malaysia.

*****  Seharusnya Ahmad Ammar inilah yang dijadikan ikon dan idola remaja! terutama pelajar-pelajar SEMENKA. Jadikan ibubapa dan guru-guru berbangga memiliki insan sebegini.

No comments:

Post a Comment