Sekolah Menengah Kebangsaan Kadok ditubuhkan pada 1
januari 1965. Namanya diberi mengikut nama tempat serta diambil sempena gelaran
pahlawan dan pembesar Melayu terkenal semasa dibawah pemerintahan Sultan Muhammad l
iaitu Dato’ kaya Hulubalang Kadok
atau nama sebenarnya Haji Abdullah.
Pada peringkat permulaan , sekolah ini menumpang di
Sekolah Kebangsaan Kadok di mana sesi persekolahannya adalah pada sebelah
petang, dengan nama Sekolah Menengah Rendah Kadok sehingga ke pertengahan tahun
1976. Pada September 1976 sekolah ini berpindah ke bangunannya sendiri yang terletak di KM 16
Jalan Kuala Krai, kota Bharu. Pada peringkat awal penubuhan sehingga tahun
1977, pelajar sekolah ini terdiri daripada pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan
3 sahaja.
Mulai tahun 1978, tingkatan 4 aliran sastera mula dibuka
dan sekolah ini dinaik taraf menjadi
Sekolah menengah Kadok (Gred C).
Persekolahan dari tahun 1977 hingga September 1982 dilaksanakan dalam dua sesi
sehinggalah pada awal Oktober 1982, sesi persekolahannya hanya sesi pagi sahaja setelah bangunan
tambahan siap pembinaannya.
Pada tahun 1982, sekolah ini dinaik taraf menjadi sekolah
Gred B. Pada tahun 1984, tingkatan 4 aliran Sains Tulen pula dibuka. SMK Kadok
menjadi sekolah Gred A pada tahun 2002 dan menerima pelajar-pelajar saluran
dari SK Kadok, SK Beta Hulu dan SK Kubang Kiat.
View Larger Map
No comments:
Post a Comment