.

.
Sila gunakan Google Chrome untuk paparan yang lebih jelas. Berlaku sedikit gangguan jika menggunakan Internet Explorer atau Mozilla Firefox

Sunday, 10 February 2013

PUISI 'OBOR HEMAH' - A. SAMAD SAID (1988)

Guru adalah awan indah terbang rendah,
melimpahkan hujan pada musim gersang,
menyegarkan benih ilmu, berbuah hikmah,
ia renjis embun pada tanah bakat,
suara insan ketika manusia kalah,
sepi yang syahdu dalam dunia resah.

Guru...atap ganti ketika pondok bocor,
kitab SEJARAh dalam bilik darjah,
senyum penyembuh bagi wabak sengsara,
ia..sungai rangsang sentiasa tenang,
menghantar bahtera ke segara darma,
memesan angin menghikmahkannya.

Guru adalah penelaah yang tekun,
mewariskan dunia sebagai kutub khanah,
menyediakan kutub khanah sebagai dunia,
ia mengemudi biduk, melepaskannya
atas lambungan laut, merangsang
manusia menyelami rahsia khazanahnya.

Guru...minda segar dan kukuh akar
menghidupkan batin yang bersih,
di daerah dunia cemar kasih,
dan pada ketika tak tersangkakan
walau diambilnya kembali semua buku,
sempat ditinggalkannya asas ilmu.

Guru adalah batin suci hati nurani,
penjunjung budi, manusia yang taqwa, 
obor hemah kehidupan bangsa.



A. Samad Said - April 1988

No comments:

Post a Comment